Make your own free website on Tripod.com

BEBASKAN AL-AQSA

Halaman Utama
Sejarah Palestin & Masjid Al-Aqsa (dlm B Inggeris)
Boycott Israel
Jadual Kuliah2 / Majlis2 Ilmu
Buku-Buku & Bahan2 Pendidikan
Mengenali Nahu Bahasa Arab & Memahami Al-Quran Secara Harfiah
Multimedia
Berita / Pengumuman
Aktiviti-Aktiviti Masyarakat
Laman-Laman Web Lain
Hubungi Kami

Assalamu alaikum!


Bismillahirrahmanirrahim

Tahukah anda rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya merancang nak meroboh Masjid Al-Aqsa selewat2nya pada tahun 2007? Selanjutnya mereka nak memperluaskan negara haram Israel dengan menakluki kota Nabi s.a.w. Madinah Al-Munawarah. Dapatkan e-book "Al-Aqsa Dalam Bahaya!" secara PERCUMA di bawah.

dome1.jpeg
Masjid Al-Aqsa
Rancangan mereka sejak 1948 bilamana negara haram Israel ditubuhkan, telah selama ini dapat dipatahkan oleh umat Islam - namun mereka belum berputus asa lagi untuk menghancurkan kiblat pertama orang Islam, yakni masjid ke-3 termulia dalam agama kita, yang juga bumi Israk Mikraj & para anbiya' supaya dapat membina kuil Yahudi (haykal) di tapak tersebut.







Sebelum matlamat Yahudi dan sekutu2 mereka tercapai, kita sebagai umat Islam wajib bersatu menggembleng tenaga baik dari segi fizikal, wang & harta mahupun intelektual & spiritual untuk menggempurkan usaha2 buruk mereka sebelum terlambat.







Dalam laman web ini ada disertakan senaskah e-book bertajuk "Al-Aqsa Dalam Bahaya!!" dalam format pdf yang saudara boleh download secara percuma. Buku ini ditulis oleh Ust Maszlee Malik dari UIAM; marilah kita berkongsi bersama maklumat di dalamnya untuk menyedarkan ahli keluarga kita, rakan2 kita tentang perjuangan jihad Palestin dan niat jahat rejim Zionis. Ust Maszlee, semasa ceramah beliau di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL pada 24 Ogos 2006 lalu telah mengizinkan supaya buku ini boleh disebarkan kepada orang ramai samada secara di-fotostat, dipinjam, dicetak semula dan sebagainya. Mudah-mudahan niat ikhlas penulis diberkati Illahi.







Untuk melemahkan kekuatan & sumber kewangan kaum Yahudi dan sekutu mereka, kita umat Islam amat disarankan supaya memulau, yakni mem-boycott barangan & jenama2 yang dikatakan menyumbang kepada sistem ekonomi Yahudi. Jenama2 popular seperti McDonald's, Nokia, Nestle (termasuk Maggi), Coca-Cola, Johnson & Johnson, Disney dan IBM semuanya adalah kuncu-kuncu dan penyumbang dana kepada kemakmuran rejim terkutuk ini. Cukuplah kesilapan kita dahulu dan sekarang kita bertaubatlah kepada Allah s.w.t dan bertekad agar tidak "bersubahat" lagi dalam menghancurkan saudara2 seagama sendiri di Palestin & Lebanon. Oleh yang demikian, saya sertakan juga senarai & logo2 jenama yang mesti kita boycott, insyaAllah mampu melemahkan sumber kewangan rejim Zionis, pada halaman2 terakhir buku tersebut di atas. Ataupun saudara boleh layari terus ke http://www.inminds.com/boycott-brands.html







Di samping itu, kepada saudara2 yang berhasrat untuk menderma wang terus kepada perjuangan Palestin, sila gunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad no. 1211 3010 005 797 di atas nama PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA.



















drock.jpeg
Masjid Al-Aqsa - The Rock

coverbook.jpg
"Al-Aqsa Dalam Bahaya!!" oleh Maszlee Malik (2006)

Klik di sini untuk DOWNLOAD buku ini secara PERCUMA

Sekiranya ada apa-apa komen atau cadangan, sila email kepada bebaskan.alaqsa@gmail.com.

Bebaskan Al-Aqsa is a non-profit organisation for the freedom of Palestine & Masjid Al-Aqsa.